Pekerja kapal dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Pekerja kapal dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Seorang pekerja kapal warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari jeti di Jalan Ulu Lanang ke dalam Sungai Batang Rajang, semalam.

Menurut laporan Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa Agus Toni, 32, dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat dalam kapal sekitar pukul 3 petang.

“Pihak polis menerima maklumat daripada rakan sekerja selepas mangsa tidak kelihatan semasa kapal berkenaan berlabuh di jeti tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha mencari mangsa telah dijalankan oleh pihak kapal, namun mereka buntu selepas mangsa gagal ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Stanley, bertindak atas maklumat, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ditubuhkan yang disertai oleh Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah dikaitkan dengan insiden tersebut dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai laporan kes Orang Hilang (OH),” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini