Lima cedera dalam nahas dua kereta di Jln Bintangor-Sarikei - Utusan Malaysia

Lima cedera dalam nahas dua kereta di Jln Bintangor-Sarikei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Tiga penumpang dan dua pemandu berhadapan situasi cemas apabila dua kereta dinaiki mereka bertembung di Jalan Bintangor-Sarikei, berhampiran simpang Bridge Garden, Sarawak, awal pagi semalam.

Utusan Borneo melaporkan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Bintangor, Nicholas Belulin berkata, kemalangan itu berlaku sekitar pukul 8 pagi.

“Kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini hanya mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang cedera telah dibantu keluar daripada kenderaan oleh orang awam dan anggota bomba telah memberi bantuan rawatan awal kepada mangsa yang cedera,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah kenyataan itu, punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini