Gerai rosak diterbangkan ribut - Utusan Malaysia

Gerai rosak diterbangkan ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 16 Mei – Lebih 10 peniaga bazar Ramadan di Batu Kikir di sini, mengalami kerugian selepas gerai jualan mereka rosak dalam kejadian ribut selepas waktu berbuka malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, khemah gerai milik mereka diterbangkan angin semasa hujan lebat di kawasan itu.

Beberapa peniaga memberitahu kejadian berlaku selepas waktu berbuka ketika kebanyakan mereka sudah menutup gerai masing-masing manakala ada yang sudah pulang.

Memuatkan artikel berkaitan…
Gerai rosak diterbangkan ribut
KEADAAN beberapa gerai yang rosak dilanda ribut di Bazar Ramadan Batu Kikir di Jempol malam tadi. – UTUSAN ONLINE/Azma Khairul Azhar

Seorang peniaga , Nur Ain Ramli, 31 , berkata, dia sudah berada di rumah apabila dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa banyak gerai di Batu Kikir diterbangkan angin.

“Saya bergegas ke tapak berniaga dan melihat banyak khemah terbalik dan ada yang hanya tinggal besi.

“Oleh kerana ketika itu hujan lebat, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Ada lebih 10 gerai rosak akibat ribut malam tadi dan kebanyakan kami mengalami kerugian lebih RM500,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini