KHARTOUM 15 Mei – Jeneral tentera dan pemimpin protes dijangka akan memuktamadkan komposisi badan baharu untuk memerintah Sudah selama tiga tahun, di sini hari ini.
Kejayaan baharu tersebut dicapai meskipun dicemar dengan keganasan sehingga enam orang maut pada Isnin lalu disamping perhimpunan di luar ibu pejabat tentera.
Menurut pemimpin Pakatan bagi Kebebasan dan Perubahan, Khalid Omar Yousef, perbincangan akan bermula pukul 9 malam waktu tempatan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pengumuman pula dijangka akan dibuat selepas tengah malam nanti,” katanya. – AFP











