Bekalan makanan mencukupi sepanjang musim perayaan - Utusan Malaysia

Bekalan makanan mencukupi sepanjang musim perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Mei – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bekerjasama erat dalam memastikan bekalan mencukupi dan harga bahan makanan berpatutan sepanjang musim perayaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, bekalan bahan makanan utama seperti daging, ayam, telur, ikan, kelapa, sayur-sayuran dan buah-buahan sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna sepanjang musim perayaan.

Beliau berkata, bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan makanan pada harga yang berpatutan, MOA akan menganjurkan jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani lima hari sebelum Hari Raya Aidilfitri di beberapa pasar tani terpilih seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelbagai bahan makanan akan dijual pada harga lebih murah daripada harga pasaran setempat.

“Selain itu, bekalan makanan juga boleh diperolehi melalui outlet pemasaran sedia ada di bawah MOA seperti pasar tani, MyFarm Outlet, Pasar Komuniti (PAKAR), Agrobazaar Rakyat, My Best Buy, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) dan pasar nelayan, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Salahuddin berkata, ketika ini, anggaran jumlah bekalan dan pengeluaran bahan-bahan utama makanan bagi tempoh sebulan adalah seperti berikut:

• Daging lembu dan kerbau (tempatan dan import) sebanyak 24,000 tan metrik.

• Ayam (tempatan) sebanyak 142,000 tan metrik.

• Telur ayam sebanyak 800,000,000 biji.

• Ikan (pelbagai spesies) sebanyak 20,000 tan metrik.

• Ikan Segar Beku QFish (pelbagai spesies) sebanyak 145 tan metrik.

• Kubis bulat sebanyak 9,200 tan metrik.

• Kelapa biji sebanyak 28,600,000 biji. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini