Terima ugutan bunuh dari kongsi gelap - Utusan Malaysia

Terima ugutan bunuh dari kongsi gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG- Dua sahabat di sini menerima ugutan membunuh termasuk kepada anak-anak mereka susulan tindakan melarang pembuangan sampah secara haram yang didakwa dilakukan sekumpulan individu dipercayai kongsi gelap di Jalan Selat Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini. 

Kedua-dua mereka adalah Ang Kim Keow,66, dan Tee Mei Ling,41 masing-masing merupakan pengurus dan pemilik syarikat Premier Attraction Sdn. Bhd.

Menurut Kim Keow, kesemuanya bermula sejak April tahun lalu apabila sekumpulan individu didapati menceroboh tanah seluas 6.4 hektar yang disewanya sejak empat tahun lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, tanah itu disewa selama tiga tahun pada harga RM600 sebulan bagi tujuan ternakan haiwan seperti lembu, kambing, itik dan ikan.

“Mereka telah membuang sampah domestik dianggarkan sebanyak 5,000 tan sejak April tahun lalu. 

“Apabila kami menghalang, mereka bertindak menyimbah dengan air ke muka dan badan selain mengugut kami,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Dakwa Kim Keow, pihaknya mula menerima ugutan lebih keras sejak Isnin lalu selepas bermesyuarat di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang. 

Ujarnya, kumpulan individu didapati telah menyimbah cat berwarna merah ke atas kenderaan pacuan empat roda milik syarikat kami selain mengugut mahu melanggar anak sehingga mati. 

Sementara itu, Mei Ling melahirkan kekesalan terhadap pihak bertanggungjawab yang gagal mengambil sebarang tindakan lanjut berhubung perkara tersebut. 

“Aduan telah dibuat kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor (JKPTG), Majlis Perbandaran Klang (MPK), kerajaan negeri dan wakil rakyat namun tiada sebarang tindakan. 

“Laporan polis turut dibuat namun sia-sia dengan kumpulan itu terus membuang sampah ke tanah sewaan kami,” katanya.  

Sementara itu, ADUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri mengakui ada menerima aduan berhubung perkara itu namun terdapat beberapa isu perlu diberikan perhatian yang akan diselesaikan mengikut undang-undang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini