TH serah zakat perniagaan RM3.44 juta kepada Zakat Pulau Pinang - Utusan Malaysia

TH serah zakat perniagaan RM3.44 juta kepada Zakat Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN –  Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3,446,420.49 juta bagi tahun 2018 kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Pengurus Besar Kanan (Haji) TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd. Rahman menyampaikan zakat itu kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara di sini hari ini.

Syed Saleh berkata, bayaran zakat bagi negeri Pulau Pinang mencatatkan peningkatan pada kali ini iaitu sebanyak 24.9 peratus berbanding tahun 2017 iaitu RM2,759,734.60.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap tahun TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab TH sebagai sebuah organisasi Islam dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah terutama bagi golongan asnaf,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, TH berharap pembayaran zakat tersebut dapat dimanfaatkan oleh Zakat Pulau Pinang ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri ini bagi kelesterian ekonomi golongan asnaf. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini