Zamir sertai skuad Harimau Kumbang - Utusan Malaysia

Zamir sertai skuad Harimau Kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Hujung musim lalu, bekas penjaga gol kebangsaan, Zamir Selamat berdepan kesukaran untuk mencari tempat bersama pasukan baharu selepas beberapa siri ujian percubaan yang dilakukan menemui jalan buntu.

Kecewa dengan kegagalan tersebut telah mendorong Zamir untuk meluahkan kekecewaan yang dihadapi di laman sosial.

Tidak mengenal putus asa, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu mencuba nasibnya dia diterima untuk menyertai kelab Liga M3, Batu Dua FC.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nasib terus menyebelahinya apabila hari ini, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang mengumumkan Zamir menjadi pemain terbaharu menyertai skuad Harimau Kumbang selepas pasaran perpindahan dibuka pada 2 Mei lalu.

“Zamir Selamat, penjaga gol berusia 29 tahun yang pernah mewakili Perak, PKNS FC dan Melaka United telah menandatangani kontrak hingga hujung musim ini,” kata Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini