KPN akan panggil Md. Ali Amir Batcha - Utusan Malaysia

KPN akan panggil Md. Ali Amir Batcha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Ketua Polis Negara akan memanggil bekas pegawai polis, Md. Ali Amir Batcha yang didakwa merompak ketika bertugas 20 tahun lalu dan mendengar penjelasannya mengenai perkara tersebut.

Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, beliau mengambil sikap terbuka dan mendengar penjelasan mengenai perkara tersebut walaupun telah lama berlaku.

“Saya akan beri perhatian isu ini dan dengar mungkin ada perkara baharu yang (Md. Ali) mahu bangkitkan. Ini juga kerana penampilan beliau jelas menunjukkan dia yakin tidak bersalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, apa yang ada dalam rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), saya yakin dengan proses yang telah dijalankan dan keadilan telah dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Md. Ali, 65, yang pernah bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Jenayah Berat (D9) menuntut kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan sebuah tribunal khas bagi menyiasat semula tuduhan palsu berkaitan rompakan membabitkan dirinya pada tahun 90-an.

Md. Ali mendakwa menjadi mangsa kepada satu konspirasi dan kini mahu buktikan dia tidak pernah terlibat dalam rompakan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini