Ihsan Perdana terima geran RM40 juta untuk CSR - Utusan Malaysia

Ihsan Perdana terima geran RM40 juta untuk CSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Syarikat Ihsan Perdana Sdn. Bhd. (Ihsan Perdana) yang ditubuhkan bagi melaksanakan kerja-kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerima geran sebanyak RM40 juta setiap tahun daripada dua yayasan.

Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, dua yayasan berkenaan adalah Yayasan 1Malaysia Development Berhad dan Yayasan Rakyat 1Malaysia dengan jumlah geran masing-masing bernilai RM20 juta.

Saksi pendakwaan ke-37 itu dalam kenyataan saksinya berkata, geran daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad digunakan untuk aktiviti CSR di kawasan Melayu yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Geran Yayasan Rakyat 1Malaysia pula digunakan untuk program CSR di kawasan Cina dan India yang dimenangi oleh BN,” katanya dalam perbicaraan hari ke-18 melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali bersambung petang ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini