Nombor siri PNY1 dibida RM111,000 - Utusan Malaysia

Nombor siri PNY1 dibida RM111,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 15 Mei – Nombor PNY1 dibida paling tinggi bagi nombor plat kenderaan PNY iaitu RM111,000 selepas tawarannya ditutup 2 Mei lalu.

Jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, bagi nombor plat kenderaan kategori biasa pula (running), bidaan tertinggi adalah PNY4174 iaitu dengan nilai RM3,333.

Menurutnya, bidaan nombor plat kenderaan siri PNY itu mula dibuka pada 17 April hingga 2 Mei lalu dan pembida yang berjaya akan diumumkan pada 21 Mei ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siri PNY ini mencatatkan permohonan antara yang tertinggi di JPJ Pulau Pinang iaitu sebanyak 533 permohonan yang diterima manakala jumlah yang berjaya adalah sebanyak 239 permohonan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini