Dedah hasil siasatan pencemaran logam berat di perairan Tanjung Bungah - Utusan Malaysia

Dedah hasil siasatan pencemaran logam berat di perairan Tanjung Bungah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 14 Mei – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perikanan mendedahkan kepada umum hasil siasatan berhubung masalah pencemaran logam berat yang dilaporkan berlaku di perairan Tanjung Bungah,Teluk Bahang dan Taman Negara Pulau Pinang di sini.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, pihaknya amat terperanjat dan bimbang dengan kejadian tersebut kerana bukan sahaja boleh menjejaskan hidupan laut di kawasan terbabit malah amat berbahaya kepada kesihatan awam.

“CAP kesal dengan sikap kerajaan negeri, jabatan serta agensi yang terlibat kerana lambat menyiasat dan masih gagal mengesan punca pencemaran ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menggesa analisa kandungan logam berat dalam ikan, kerangan dan sedimen di perairan di kawasan terlibat juga dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Penyelidik Pusat Pengajian Pantai dan Marin, Universiti Sains Malaysia (CEMACS) baru-baru ini mendakwa menemukan paras nikel yang amat tinggi dengan kepekatan sehingga 944 peratus lebih tinggi berbanding paras biasa di laut Taman Negara Teluk Bahang.

Selain itu, paras plumbum melebihi 184 peratus dan kadmium 32 peratus lebih tinggi berbanding biasa turut ditemukan di kawasan laut tersebut.

Menurut S.M Mohamed, penglibatan dan tindakan bersepadu perlu dilakukan segera oleh kementerian berkenaan, kerajaan negeri, jabatan dan agensi berkaitan bagi menangani isu berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini