Rokok seludup ditinggalkan ditemukan polis - Utusan Malaysia

Rokok seludup ditinggalkan ditemukan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau hari ini menemukan longgokan plastik hitam berisi rokok seludup pelbagai jenama yang ditinggalkan di tepi laut Batu 5 Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Memetik laporan Utusan Borneo, Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, plastik itu ditemukan oleh pasukannya semasa menjalankan Operasi Gelora kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Sebanyak 2,980 bungkusan berisi rokok seludup telah dirampas dan dianggarkan bernilai kira-kira RM17,220,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamad Pajeri memberitahu, antara jenama rokok seludup yang ditemukan ialah Gudang Garam Surya, Premium Kretek Apache, Menara Dunia, LA Bolt, LA Menthol Light, Premium International, Astro Menthol King dan Filter King.

Tambahnya, dia percaya rokok berkenaan ditinggalkan dengan sengaja melalui cara itu ia sebagai taktik penyeludup bagi mengelak daripada dikesan.

“Kesemua rampasan rokok sudah dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini