Jalan rosak bukan tanggungan MPS - Utusan Malaysia

Jalan rosak bukan tanggungan MPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Pemantauan dan penyelenggaraan jalan rosak di beberapa lokasi di Sungai Buloh, Selangor tidak berada di bawah bidang tugas Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

MPS dalam kenyataan di sini berkata, kerosakan jalan melibatkan persimpangan Jalan Kusta menuju ke Jalan Hospital, persimpangan Jalan B9 dan kerosakan pembahagi jalan di Jalan Kusta adalah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Transit Aliran Massa (MRT) pula bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyelenggaran jalan bagi pangkal Jalan Kusta menuju ke stesen MRT dan di sekitar kawasan stesen MRT manakala Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bertanggungjawab menyelengara dan membaik pulih kawasan sekitar stesen KTMB.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, di sempadan rezab kawasan penyelenggaran melibatkan Jalan Kusta, MPS telah menjalankan kerja-kerja pembaikan struktur jalan CIPR iaitu khusus bagi kenderaan berat pada tahun lalu,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan keluhan orang ramai terhadap pihak berkuasa berhubung masalah jalan rosak di persimpangan Jalan Kusta menuju ke Jalan Hospital yang sudah berlarutan sejak sekian lama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini