MPHTJ lupus lebih 3,000 iklan haram - Utusan Malaysia

MPHTJ lupus lebih 3,000 iklan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melupuskan sebanyak 3,527 iklan haram termasuk banting pinjaman ah long di sekitar kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sejak awal tahun ini.

Yang Dipertuanya, Rafee Ibrahim berkata, langkah agresif itu dibuat bagi menyekat sebarang promosi yang berskala dengan pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai lesen iklan dan tidak mempunyai permit kebenaran menggantung. 

“Sejak awal tahun ini sebanyak 3,527 banting telah dilupuskan dan jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding sebanyak 3,529 iklan bagi tempoh yang sama tahun lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Iklan-iklan ini dilupuskan kerana penggantungannya tidak mengikut prosedur ditetapkan malah ada yang diiklankan di tempat yang tidak dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar sesi pelupusan iklan haram di bangunan MPHTJ, Melaka Mall, Ayer Keroh, di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) negeri, Mohammad Arif Haron dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Inspektor Wan Andika Ibrahim.

Mengulas lanjut, Rafee berkata, tindakan penguatkuasaan itu akan diteruskan dan kesalahan akan diambil tindakan mengikut Undang-undang Kecil Iklan MPHTJ 2010 dan Undang-undang Kecil Vandalisme MPHTJ 2010. 

“Adakalanya mereka menggunakan nombor palsu di iklan tersebut, namun sekiranya nombor tersebut diakui benar oleh SKMM, kesalahan itu ia akan dibatalkan,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini