Hotel MU rai anak yatim - Utusan Malaysia

Hotel MU rai anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 14 Mei – Bagi memuliakan bulan Ramadan, Hotel MU di sini meraikan kira-kira 40 orang anak yatim pada majlis berbuka puasa di hotel berkenaan.

Mereka yang diraikan adalah penghuni daripada Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin yang terletak di Kampung Tengah, Parit termasuk lapan orang penyelia.

Pengarah Jualan Hotel MU, Lanny Lee berkata, program itu diadakan sebagai satu tanggungjawab sosial koporat ( CSR ) bagi menggembirakan penghuni rumah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, pihaknya amat berbesar hati apabila dapat membawa anak-anak yatim tersebut untuk berbuka puasa di hotel berkenaan.

“Program ini juga sebagai tanda prihatin kita agar golongan seperti anak-anak yatim ini tidak merasa diketepikan apatah lagi pada bulan yang mulia ini.

“Selain menjamu selera, kita turut memberikan duit raya kepada mereka bagi menambahkan kegembiraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin di hotel itu semalam.

Program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Penyiaran negeri Perak (RTM).

Ujar Lanny lagi, pihaknya berhasrat untuk meneruskan program sama sebagai majlis tahunan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah RTM Perak, Roslan Awang memberitahu, keprihatinan pihak pengurusan Hotel MU menganjurkan majlis berbuka seperti itu amat dipuji.

“Menerusi majlis ini, kita sama-sama memberi keceriaan kepada anak-anak yatim dan sudah pasti kegembiraan yang mereka perolehi amat besar ertinya,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini