Ambank, MITI bincang bantu PKS menerusi BizRACE - Utusan Malaysia

Ambank, MITI bincang bantu PKS menerusi BizRACE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – AmBank (M) Bhd. sedang berbincang dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi menyediakan bantuan kewangan dan teknikal kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi AmBank BizRACE.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, perbincangan yang masih di peringkat awal itu turut melibatkan beberapa syarikat dari sektor teknologi, infrastruktur dan telekomunikasi.

“AmBank BizRACE ialah cabaran keusahawanan yang bertujuan menawarkan PKS dengan akses kepada sesi perkongsian pengetahuan dan latihan pembangunan yang merangkumi pembangunan kepimpinan, penambahbaikan dalam model perniagaan selain sistem dan struktur serta transformasi budaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap dapat memuktamadkan perbincangan tersebut pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Siri Melangkaui Pembiayaan Ambank BizCONFERENCE bertajuk ‘Pelaksanaan Objek Rangkaian Internet Untuk Segala-galanya (IoT)’ di sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini