Komitmen Petronas sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Komitmen Petronas sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 14 Mei – Seramai 130 murid sekolah dari sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang dan mukim Batu Rakit diraikan dalam majlis berbuka puasa sempena program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas 2019 di Stadium Negeri di sini semalam.

Setiap murid menerima baucar bernilai RM300 bagi membolehkan mereka membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri selain duit raya RM100.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Datuk Wan Mohd. Hasnan Abdullah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Menurut Wan Mohd. Hasnan, program itu diadakan bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan sempena bulan Ramadan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas digerakkan oleh Yayasan Petronas dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan Petronas sepanjang Ramadan diikuti sambutan Keamatan, Gawai dan Hari Raya Aidilfitri bermula 8 Mei hingga 15 Jun tahun ini.

Sumbangan adalah dalam bentuk wang tunai serta barangan keperluan harian dan kelengkapan rumah, hamper yang kesemuanya bernilai RM815,000 untuk agihkan kepada 2,800 keluarga kurang bernasih baik di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini