Ucapan kebencian online, tersebar cepat - Guterres - Utusan Malaysia

Ucapan kebencian online, tersebar cepat – Guterres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 14 Mei – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran ucapan kebencian tersebar ‘cepat’ secara online ketika pertemuan dengan mangsa-mangsa tembakan masjid di sini, semalam.

Menurutnya, badan dunia itu akan mempelopori usaha bagi menangani masalah berkenaan.

Katanya, terdapat ‘bahaya kebencian meluap’ dengan medial sosial dieksploitasi untuk mempromosi ketaksuban.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ucapan kebencian tersebar pantas di media sosial dan kita perlu memadamnya.

“Tiada ruang bagi ucapan kebencian sama ada dalam atau luar talian,” katanya.

Terdahulu, beliau melawat Masjid Al Noor yang menjadi lokasi serangan pengganas ketuanan kulit putih mengorbankan 51 orang pada 15 Mac lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini