KUALA LUMPUR 14 Mei – Orang ramai dijemput hadir ke Malam Pembacaan Puisi untuk Palestin dan Al-Aqsa di Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong dekat sini pada 21 Mei depan.
Majlis yang akan diadakan di dewan solat utama masjid itu dijangka berlangsung selepas solat tarawih yang turut menampilkan pemuisi terkenal tanah air.
Antaranya bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah, Siamir Marulafau, Dr. Ayuzuraina, Datuk Rahman Shaari, Adly, Adiwangsa, Kpl Azhar, Haji Askolani, Latti Latisa, Datuk Nashuha, Datuk Wan Razuhar dan SN Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah.
Berita berkaitan:
Tidak ketinggalan menyampai puisi malam it seperti Siamir Muralafau, Letfee Ahmad dan Syed Indera Syed Omar atau lebih dikenali sebagai Siso.
Program bagi mengenang nasib menimpa umat Islam di Palestin itu mengangkat tema ‘Selamatkan Baitulmuqaddis’ turut mendapat kerjasama daripada persatuan sastera di negara ini iaitu Nusantara Melayu Raya (Numera).
Pada majlis tersebut, pungutan derma untuk Palestin dan Selamatkan AlAqsa akan dilancarkan.
Orang ramai dijemput hadir bagi menunjukkan keprihatinan tentang nasib rakyat Palestin dan Al-Aqsa. -UTUSAN ONLINE











