myPortfolio mantapkan penyampaian perkhidmatan awam - Tun M - Utusan Malaysia

myPortfolio mantapkan penyampaian perkhidmatan awam – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan panduan kerja sektor awam, myPortfolio, yang merupakan satu instrumen pengurusan strategik untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Menurutnya, myPortfolio adalah rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu.

Inisiatif itu adalah bagi memastikan tidak berlaku kelewatan dan kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan sekaligus dapat meningkatkan produktiviti di jabatan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“myPortfolio diperkenal untuk membolehkan tiap seseorang penjawat awam tahu apa yang perlu dibuat di dalam melaksanakan tugasnya. Malah, mereka juga akan tahu parameter dan hubungan tugas mereka dengan pegawai yang lain.

“Ini akan memudahkan penyelia memantau status pelaksanaan tugas dan mengambil tindakan pembetulan jika berlaku kelewatan,” katanya ketika melancarkan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dan Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini