Lebih ramai ‘belayar’ ke Tokyo - Utusan Malaysia

Lebih ramai ‘belayar’ ke Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Selepas dua pelayar negara berjaya layak secara merit ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, usaha sedang dilakukan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Pelayaran Malaysia bagi membantu seorang lagi pelayar berpotensi besar me­layakkan diri.

Berita baik itu diumumkan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang bagaimanapun enggan mendedahkan nama pelayar terbabit supaya tidak menambah tekanan kepadanya menjelang beberapa kejohanan kelayakan tidak lama lagi.

“Apabila sudah layak nanti, kita akan umum tetapi acara yang kita sasarkan untuk satu lagi slot ke Olimpik ini adalah dalam kelas RSX dan International 470.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini akan cuba kita lakukan apabila pelayar ini bertanding dalam Kejohanan Dunia pada Ogos nanti.

“Setakat ini, kita sudah pun mengaturkan beberapa pertandingan pendedahan untuk yang sudah layak dan berusaha melayakkan diri,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Pelayaran di sini hari ini.

Sebagai rekod, buat masa ini Khairulnizam Mohd. Afendy dalam kelas Laser Standard Lelaki dan Nur Shazrin Abdul Latif dalam kelas Laser Radial Wanita sudah pun mengesahkan tempat ke Tokyo selepas melepasi kela­yakan menerusi pencapaian dalam Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Khairul layak secara merit selepas memenangi pingat perak manakala Nur Shazrin meraih gangsa pada temasya yang berlangsung di Jakarta pada tahun lalu itu.

Sukan Olimpik akan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos, 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini