Solskjaer tidak sabar bertemu Tuanzebe - Utusan Malaysia

Solskjaer tidak sabar bertemu Tuanzebe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 14 Mei – Ole Gunnar Solskjaer tidak sabar untuk melihat Axel Tuanzebe kembali menyertai Manchester United selepas dipinjamkan kepada Aston Villa.

Tuanzebe, 21, menikmati musim yang baik bersama skuad kendalian Dean Smith dengan membuat 26 penampilan.

Pemain pertahanan itu dilihat mampu membantu pasukan itu untuk kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris dengan mereka memiliki kelebihan 2-1 ke atas West Brom dalam separuh akhir pertama pusingan playoff.

Memuatkan artikel berkaitan…

Solskjaer dilihat bersemangat untuk memberikan peluang kepada Tuanzebe untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris dengan United memerlukan pemain bagi menguatkan barisan pertahanan selepas mengharungi kempen mengecewakan.

“Saya berharap Axel dapat ke final playoff dan berada dalam kesebelasan utama.

“Jelas dia memiliki beberapa kecederaan tetapi dia adalah pemain yang saya tidak sabar untuk bertemu dalam aksi pra-musim,” katanya.

Solskjaer juga sedang mengikuti perkembangan semasa Dean Henderson yang membantu Sheffield United mengesahkan slot ke Liga Perdana Inggeris.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini