Silva layak jadi kapten City - Utusan Malaysia

Silva layak jadi kapten City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 14 Mei – Vincent Kompany percaya bahawa rakan sepasukannya di Manchester City, Bernando Silva boleh menggalas tanggungjawab sebagai kapten juara Liga Perdana Inggeris itu.

Kompany merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris keempat selaku kapten City selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu menundukkan Brighton 4-1 untuk menafikan cabaran Liverpool musim ini.

Pemain berusia 33 tahun itu menjaringkan gol cantik ketika menang ke atas Leicester sekali gus membuka ruang kepada pasukannya untuk menang dalam aksi terakhir di Stadium Amex.

Memuatkan artikel berkaitan…

Silva yang juga perancang Portugal, menkmati musim cemerlang bersama City dengan meledak tujuh gol selain mencipta banyak peluang jaringan kepada pasukan.

Kompany percaya bahawa pemain berusia 24 tahun itu memiliki kebolehan untuk mengetuai cabaran City pada masa hadapan dengan syarat dia buang sikap kebudak-budakannya.

“Saya sentiasa memberitahunya awak bersikap 50 peratus badut, 50 peratus pemimpin.

“Apabila sikap awak 25 peratus badut, 75 peratus pemimpin, awak akan menjadi kapten pasukan.

“Dia sangat kuat dan sejujurnya dia paling layak menerima kejuaraan ini,” kata Kompany.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini