Liverpool akan terus cabar City - Utusan Malaysia

Liverpool akan terus cabar City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 14 Mei – Andy Robertson memberi amaran kepada Manchester City bahawa Liverpool akan terus memberikan cabaran kepada mereka terutama selepas mereka terlepas peluang menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Liverpool haya tewas sekali sahaja musim ini dan mengumpul 97 mata namun skuad kendalian Jurgen Klopp terpaksa akur dengan menamatkan saingan di belakang juara City dan sekali gus gagal menamatkan kemarau kejuaraan sejak 1990.

Walaupun terpaksa menelan kekecewaan musim ini, pertahanan The Reds, Roberton menegaskan bahawa mereka akan terus bersaing untuk merebut kejuaraan musim hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“City tahu yang kami akan terus memberikan cabaran walaupun realitinya mereka memang hebat.

“Pasukan-pasukan lain pula perlu mengejar kami kerana jarak di antara pasukan kedua dan ketiga agak jauh. Mereka perlu kejar kami dan jika mereka berjaya, saingan akan menjadi lebih hebat musim hadapan.

“Harap kami tidak akan tewas kepada sesiapa lagi. Kami pasukan yang baik dan kami tidak mahu tewas kepada sesiapa. Kami akan tampil dengan aksi lebih baik musim hadapan.

“Kami memiliki barisan pemain muda dan harap kami semua akan kekal di sini untuk masa yang panjang dan terus berkembang sebagai pasukan yang lebih berpengalaman pada musim akan datang.

“97 mata berbanding musim lalu, jadi kami terus kekalkan prestasi seperti ini dan menjadi lebih baik,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini