Dua suspek kes tetak diberkas - Utusan Malaysia

Dua suspek kes tetak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT 13 Mei – Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tetak di sebuah restoran di Jalan Sir Chulan di Selama dekat sini pada 3 Mei lalu, akhirnya diberkas polis hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 46 dan 59 tahun itu ditahan dalam dua tangkapan berasingan di Kampung Air Itam, Selama dan Changkat Lobak, Bagan serai.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintenden Mohd. Sabri Saad berkata, kedua-dua suspek itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan sehingga mencederakan dua lelaki berusia 23 dan 26 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, dua mangsa telah ditemui dalam keadaan parah dipercayai ditetak sekumpulan empat lelaki dalam satu pergaduhan di restoran berkenaan.

“Mangsa yang mengalami patah tangan dan koyak di belakang badan dibawa ke Hospital Selama sebelum dirujuk ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berpunca daripada salah faham mengenai perniagaan dan sebelum kejadian, mangsa dan suspek makan bersama dalam satu meja.

“Bagaimanapun, apabila pertengkaran berlaku, seorang daripada suspek telah mengambil parang kecil dari dalam keretanya dan menetak mangsa,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Siasatan diteruskan bagi mengesan dua lagi suspek lain,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini