PARIS 13 Mei – Novak Djokovic perkukuhkan cengkaman dalam ranking dunia tenis ATP, hari ini, selepas kemenangannya pada Terbuka Madrid, semalam.
Bintang tenis Serbia yang menghuni ranking No. 1 dunia itu berada di depan pemain Sepanyol, Rafael Nadal yang tersingkir daripada saingan di Madrid selepas tumpas kepada pemain muda, Stefanos Tsitsipas dari Greece dalam separuh akhir.
Tsitsipas, bagaimanapun, tewas pada perlawanan akhir kepada Djokovic, namun, pemain itu berjaya melonjak kedudukan rankingnya ke tangga ketujuh selepas mempamerkan persembahan mantap sejak kebelakangan ini.
Dominic Thiem dari Austria, pemenang Terbuka Barcelona, naik ke tangga keempat selepas dia tersingkir daripada separuh akhir di Madrid. Pemain itu keciciran satu anak tangga di belakang Roger Federer, yang terkandas di suku akhir pada pertandingan sama. – AFP
Ranking ATP:
1. Novak Djokovic (SRB) 12115 mata
2. Rafael Nadal (ESP) 7945
3. Roger Federer (SUI) 5770
4. Dominic Thiem (AUT) 4845 (+1)
5. Alexander Zverev (GER) 4745 (-1)
6. Kei Nishikori (JPN) 3860 (+1)
7. Stefanos Tsitsipas (GRE) 3790 (+2)
8. Kevin Anderson (RSA) 3755 (-2)
9. Juan Martin Del Potro (ARG) 3145 (-1)
10. Marin Cilic (CRO) 3025 (+1)
11. John Isner (USA) 2950 (-1)
12. Fabio Fognini (ITA) 2920
13. Karen Khachanov (RUS) 2720
14. Daniil Medvedev (RUS) 2625
15. Borna Coric (CRO) 2445
16. Gael Monfils (FRA) 1965 (+2)
17. Milos Raonic (CAN) 1960 (-1)
18. Nikoloz Basilashvili (GEO) 1905 (-1)
19. Marco Cecchinato (ITA) 1840
20. Roberto Bautista (ESP) 1645 (+1)











