Dilema pembeli peranti - Utusan Malaysia

Dilema pembeli peranti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pernahkah anda ditanya soalan ini?

Peranti mana yang sesuai untuk dibeli? Saya yakin anda selalu ditanya soalan ini. Biar saya teka jawapan anda yang pertama sekali adalah berpandukan bajet. Betul tak?

Oleh itu bagaimanakah cara terbaik untuk membeli atau mendapatkan peranti baharu yang sesuai untuk anda?

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain bajet, kebanyakan rakyat Malaysia memilih peranti berdasarkan tujuh faktor popular seperti berikut:

1) Cip pemprosesan

Secara umumnya, cip pemprosesan adalah `otak’ bagi sesebuah peranti.

Beberapa cip pemprosesan yang biasa digunakan termasuk Snapdragon, Mediatek, Kirin dan Exynos untuk peranti Android dan sistem operasi (IoS) untuk peranti iPhone. Secara dasarnya, semakin canggih sesuatu cip itu, semakin mahal harganya.

2) Kamera

Teknologi pembangunan kamera peranti semakin pesat sehinggakan mampu menyaingi kamera manual. Bermula dengan satu lensa hingga beberapa lensa yang memenuhi kehendak setiap pengguna.

Oleh itu tentukan lensa jenis apa yang anda perlukan. Jika perlu perincian, pilih kamera utama yang mempunyai megapiksel tinggi.

Jika perlu ambil gambar zoom atau sudut luas, pilih peranti yang ada lensa sudut luas atau wide angle. Andai perlukan semua jenis lensa, pilih peranti yang mempunyai pelbagai lensa seperti Nokia 9 Pureview yang memiliki lima lensa.

3) Bateri

Faktor ini sangat menarik kerana ramai yang tidak menyedarinya. Cip hebat, kamera terperinci tiada gunanya jika peranti hanya boleh diguna pada waktu yang singkat. Oleh itu pertimbangkan bateri yang besar ketika memilih peranti.

4) Kualiti binaan

Kebanyakan pengeluar peranti hari ini amat mengutamakan kosmetik atau binaan luar yang menarik bagi memberi pilihan kepada pengguna. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa binaan luar dan reka bentuk yang menarik tidak semestinya mempunyai cip pemprosesan yang lancar.

Jadi, pilihlah mengikut cita rasa anda, yang berkilat tetapi kemasan belakang polikarbonat atau aluminium,atau kombinasi kedua-duanya tetapi harus berbelanja lebih kerana lazimnya peranti begini akan memakan kos yang lebih disebabkan kos bahan mentah dan pengeluaran yang tinggi.

5) Peranti lazim

Kebanyakan pengguna akan memilih peranti berdasarkan pemerhatian penggunaan rakan-rakan. Dengan kata lain, pembelian peranti baharu akan juga dipengaruhi oleh peranti-peranti yang selalu diguna oleh rakan-rakan.

Sebagai contoh, tujuh daripada 10 rakan sejawat menggunakan jenama Samsung dan tiga lagi menggunakan peranti jenama lain. Jadi, tepuk dada tanya seleralah ya.

6) Pengecasan pantas

Tidak ramai yang menyedari bahawa faktor ini adalah penting.

Sehubungan itu, pengeluar peranti berlumba-lumba menyertakan sistem pengecasan pantas masing -masing bagi memendekkan tempoh pengecasan peranti.

Huawei memperkenalkan Super Charge, Honor dengan Quick Charge, Oppo dengan Realme (VOOC Super Charge), Samsung (Quick Adaptive Charge) dan Vivo pula dengan Dual Engine Charge.

7) Kelebaran skrin

Sejak tahun lepas pengeluar-pengeluar peranti berlumba-lumba untuk mencapai nisbah skrin yang tinggi berbanding badan peranti depan. Dengan peratusan yang tinggimelebihi badan peranti, kelebaran skrin dapat dimaksimumkan oleh pengguna.

Teknologi skrin hampir penuh ini dipelopori oleh Apple menerusi iPhone X dan kemudian disusuli oleh pengeluar-pengeluar Android dengan pelbagai teknik yang digunakan antaranya dengan skrin bertakuk, skrin titisan air, kamera pop selfie dan peranti dua skrin depan belakang.

Kesimpulannya, tujuh faktor tersebut hanya panduan asas dan lazim bagi pengguna dalam memilih peranti baharu.

Diharap tip ini dapat membantu anda dalam menentukan peranti terbaik untuk dibeli nanti.

Selamat memilih!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini