SETIAP kali muncul Ramadan, umat Islam akan berusaha melipatgandakan pahala dengan melakukan ibadah termasuk bersedekah. Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Amalan itu tidak terhad kepada pemberian wang tunai sahaja.
Menjamu makan anak-anak yatim, asnaf, fakir miskin mahupun pelajar susah juga sedekah yang amat digalakkan dalam ajaran Islam.
Memandangkan kebanyakan daripada kita tidak mempunyai masa untuk menyediakan sendiri juadah bagi tujuan sedekah, maka Riverstone Eco Resort menawarkan khidmat memasak makanan untuk majlis berbuka puasa dan moreh sehingga 2 Jun ini.
Menu pilihan terpulang kepada pihak yang mahu menaja makanan tersebut manakala pihak resort akan terus menghantar makanan tersebut ke lokasi.
Pengarah Urusannya, Mohd. Ashari Sidik berkata, pihaknya akan menyediakan juadah mengikut menu yang diminta penaja dan penghantaran ke lokasi akan dikenakan caj minimum.
“Jika ada pihak mahu bersedekah juadah berbuka puasa atau moreh ke surau atau masjid berhampiran kediaman, pejabat, rumah anak-anak yatim dan lain-lain, pihak kami sedia menerima tempahan itu,” katanya.
Antara pihak yang telah menggunakan khidmat resort ini adalah TNB Dua Central yang menaja makanan kepada pelajar Maahad Tahfiz Qasimul Ulum (MATAQU).
Menurutnya, penaja terbabit memilih menu nasi ambeng yang merupakan hidangan ‘wajib’ bufet Ramadan di resort yang terletak di tepi sungai itu.
“Bagi mereka yang ingin bersedekah tetapi tidak tahu mahu sedekah ke mana, kami akan mencarikan tempat yang sesuai untuk ditaja,”katanya.
Selain menyediakan khidmat tersebut, Riverstone Eco Resort turut menawarkan bufet Ramadan di restorannya, D’River. Menu utama adalah set nasi ambeng yang mengandungi nasi putih, ayam semur, sambal goreng Jawa, serunding kelapa, sayur kobis, mi goreng dan ikan masin.
Menu iringan pula adalah daging salai masak lemak cili api, ikan tongkol masak penachi,sambal belacan, ulam-ulaman serta pencuci mulut seperti sagu gula Melaka, bubur pulut hitam, kuih muih Melayu dan aneka kek.
“Untuk minuman pula, kami menyediakan sirap selasih, teh tarik dan ABC,” katanya sambil memberitahu kesemua hidangan tersebut disediakan sendiri oleh isterinya, Hamidah Asararuddin yang merupakan seorang cef dan penulis buku masakan.
Kemudahan parkir dan surau turut disediakan.
Bufet Ramadan ini akan berakhir pada 2 Jun 2019. Harga yang ditawarkan adalah RM30 (dewasa), manakala kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun (RM17). Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi talian 013-2080833 atau 012-2295228.











