Tindakan terhadap doktor antivaksin bawah bidang kuasa MMC - Utusan Malaysia

Tindakan terhadap doktor antivaksin bawah bidang kuasa MMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Sebarang tindakan terhadap mana-mana doktor yang dikesan menyokong kumpulan antivaksin adalah di bawah bidang kuasa Majlis Perubatan Malaysia (MMC), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun kata beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau perkembangan kumpulan tersebut dan mengambil pendekatan untuk terus berdialog dengan golongan itu bagi  menimbulkan  kesedaran mengenai kepentingan vaksin kepada semua bayi serta kanak-kanak.

“KKM memang sentiasa memantau sebarang kempen yang dianjurkan golongan anti vaksin ini. Jika mereka mempunyai pendapat mereka (berkaitan suntikan vaksin), kita juga ada hujah kita sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka tidak boleh sekadar menyatakan pendapat mereka secara ‘satu hala’ saja, mereka perlu berdialog dengan kita dan kita bersedia untuk berkongsi pentas dengan mereka bagi bercakap mengenai isu ini jika mereka mahu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Ditanya mengenai bilangan doktor perubatan yang dikesan oleh KKM menyokong gerakan antivaksin itu, Dzulkefly berkata, pihaknya tidak ada membuat pemantauan mengenai isu berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini