NEW DELHI 13 Mei-Seorang wanita maut selepas berdepan komplikasi ketika menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dubai, baru-baru ini.
Hindustan Today melaporkan, Betty Rita Fernandes, 42, dimasukkan ke hospital Al Zahra pada 9 Mei lalu untuk menjalan pembedahan ganti pinggul yang dijadualkan berjalan selama dua jam.
Ibu kepada dua anak itu menderita masalah fizikal dimana pinggulnya berada pada kedudukan tidak normal sejak lahir.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Sektor Peraturan Kesihatan Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA), Marwan Al Mulla berkata pihaknya kini sedang meneliti aduan yang difailkan suami Fernandes.
“Kes tersebut kini sedang disiasat.
“DHA menilai kes-kes kecuaian atau penyelewengan dengan cukup serius,” katanya.-AGENSI











