35 parti politik bantah keputusan awal pilihan raya Afrika Selatan - Utusan Malaysia

35 parti politik bantah keputusan awal pilihan raya Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRETORIA 13 Mei- 35 parti politik Afrika Selatan sebulat suara membantah keputusan awal pilihan raya negara itu yang dianggap tidak adil.

Wakil parti-parti politik itu, Romeo Ramuada berkata pihaknya menuntut agar Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IEC) melantik juru audit bebas untuk memeriksa keputusan berkenaan.

“Kami tidak bersetuju dengan keputusan awal yang diumumkan,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa para penyokong parti terlibat akan membuat demonstrasi sekiranya IEC tidak mengambil serius tuntutan mereka.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×