Peralatan elektronik judi RM719,070 dilupus - Utusan Malaysia

Peralatan elektronik judi RM719,070 dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 13 Mei – Pelbagai peralatan elektronik bernilai RM719,070 yang digunakan untuk kegiatan judi hasil rampasan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dilupuskan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pelupusan sebanyak 716 barangan elektronik itu membabitkan siasatan 98 kes perjudian antara tahun 2012 hingga 2018, semua kes itu sudah selesai di mahkamah.

“Barangan eletronik kesemuanya melibatkan kotak mesin judi sebanyak 32 buah, komputer (445), laptop (198), tablet (9) dan pencetak mudah alih sebanyak 32 buah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua barangan itu akan dilupuskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) di kilang kitar semua oleh kontraktor yang dilantik dari Kuala Lumpur,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya serius dalam menangani kegiatan judi di sekitar daerah ini dan pemantauan serta operasi berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini