Eintracht gagal manfaat peluang - Utusan Malaysia

Eintracht gagal manfaat peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 13 Mei – Eintracht Frankfurt terus dirundum malang apabila mereka tumpas 0-2 kepada Mainz dalam aksi liga di laman sendiri dan semakin hampir terlepas slot Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad kendalian Adi Huetters itu mempunyai kelebihan tiga mata untuk berada di tangga keempat, slot terakhir ke Liga Juara-Juara namun dibelasah 1-6 oleh Bayern Leverkusen sebelum disingkirkan Chelsea pada aksi separuh akhir Liga Europa pada minggu lalu.

Eintracht sedar dengan menewaskan Mainz mereka mampu berkelebihan dua mata berada di tempat keempat sebelum berdepan Bayern Munich dalam aksi terakhir liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, hajat mereka tersekat selepas pemain kebangsaan Nigeria, Anthony Ujah menjaringkan dua gol untuk Mainz.

Eintracht tidak mempunyai pilihan selain menewaskan BBayern sambil mengharapkan Gladbach dan Leverkusen keciciran mata.

“Kami tidak mengambil peluang untuk beraksi di pentas tertinggi Eropah pada tahun depan dan sekarang kami perlu memberi segala-galanya dalam pertemuan menentang Bayern.

“Kami boleh menang namun kami juga boleh kalah,” kata pertahanan Eintracht, Martin Hinteregger. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini