Penguasaan City menjadikan kami lebih kuat - Guardiola - Utusan Malaysia

Penguasaan City menjadikan kami lebih kuat – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRIGHTON 13 Mei – Pengurs Manchester City, Pep Guardiola memberi amaran kepada musuhnya bahawa juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menjadi lebih kuat selepas menafikan peluang Liverpool sebelum muncul kelab pertama mempertahankan gelaran juara dalam tempoh sedekad.

City bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brighton 4-1 dan merangkul kejuaraan EPL hanya dipisahkan satu mata dengan Liverpool meskipun The Reds mencatat 97 mata iaitu rekod kutipan kelab tersebut.

Itu merupakan kutipan mata ketiga tertinggi Liverpool dalam sejarah EPL.

Memuatkan artikel berkaitan…

City boleh menjadi pasukan pertama memenangi kejayaan berganda di peringkat domestik sekiranya mereka menewaskan Watford dalam final Piala FA pada minggu depan.

Bagaimanapun, Guardiola sudah merancang untuk memperkuatkan pasukannya bagi menghadapi musim depan apabila mensasar menjuarai EPL tiga tahun berturut-turut seperti dilakukannya ketika bersama Barcelona dan Bayern Munich.

“Kemenangan membuatkan kita menjadi ketagih dan sudah tentu dalam beberapa hari sahaja kita akan beraksi dalam final Piala FA.

“Selepas melakukan persiapan, kami perlu mengambil keputusan yang betul untuk musim depan supaya menjadi lebih kuat sebab Liverpool akan cuba untuk kekalkan prestasi mereka dan saya fikir pasukan lain akan menjadi lebih baik.

“Saya fikir Manchester United akan bangkit, Chelsea boleh menjadi lebih baik memandangkan mereka ada setahun bersama Maurizio Sarri, Tottenham pula kita sudah nampak mereka layak ke final Liga Juara-Juara dan Arsenal mereka akan buat apa yang patut.

“Kami tahu namun kami perlu menerima cabaran dan saya berjanji kami akan bangkit dan saya dapat rasakan kami akan menjadi lebih kuat pada musim depan,” katanya.

Liverpool terpaksa melanjutkan tempoh penantian mereka sekurang-kurangnya 30 tahun dan The Reds mensasarkan untuk menamatkan kemarau trofi selama tujuh tahun apabila bertemu Tottenham dalam final Liga Juara-Juara pada 1 Jun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini