Hazard sudah tetapkan masa depannya - Utusan Malaysia

Hazard sudah tetapkan masa depannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Mei – Eden Hazard memberitahu Chelsea dia sudah membuat keputusan mengenai masa depannya namun masih belum bersedia untuk membuat pengumuman jika dia akan kekal di Stamford Bridge atau sebaliknya selepas terdapat spekulasi mengenai yang mengaitkannya dengan Real Madrid.

Penyerang Belgium itu mempunyai baki kontrak selama setahun selepas menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dari Lille dengan kos 32 juta pound (RM173 juta) pada 2012.

Selepas bertindak sebagai pemain gantian ketika The Blues terikat tanpa jaringan menentang Leicester, semalam, Hazard berkata dia sudah pun memberitahu majikannya mengenai keputusan yang bakal diambil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya. Sejak beberapa minggu lalu. Ya, saya telah membuat keputusan namun ini bukan hanya melibatkan saya seorang.

“Saya sudah membuat keputusan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia akan menjelaskan kedudukannya selepas final Liga Europa menentang Arsenal pada 29 Mei ini, Hazard berkata;’Saya fikir begitu. Kami ada perlawanan akhir untuk beraksi dan saya akan tengok selepas itu.

Difahamkan, The Blues hanya melepaskan pemain itu dengan bayaran 100 juta pound (RM 541 juta). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini