ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 716 barangan elektronik yang digunakan untuk kegiatan judi bernilai RM719,070 hasil rampasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandsr Puteri dilupuskan hari ini.
Pelupusan barang kes itu membabitkan siasatan 98 kes perjudian dalam tempoh antara tahun 2012 hingga 2018 selepas semua perbicaraan berkaitannya di mahkamah selesai.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner, Dzulkhairi Mukhtar berkata, barangan elektronik terbabit termasuklah kotak mesin judi, komputer, laptop, tablet dan pencetak mudah alih.
“Barangan eletronik kesemuanya melibatkan kotak mesin judi sebanyak 32 buah, komputer (445), laptop (198), tablet (9) dan pencetak mudah alih sebanyak 32 buah.
“Semua barangan ini akan dilupuskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) di kilang kitar semua oleh kontraktor yang telah dilantik dari Kuala Lumpur,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Dzulkhairi berkata, pihaknya serius dalam menangani kegiatan judi di sekitar daerah ini dan pemantauan dan operasi berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa. – K! ONLINE











