2 ditahan disyaki edar syabu - Utusan Malaysia

2 ditahan disyaki edar syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Polis menemukan lima peket plastik lutsinar dipercayai syabu selepas menahan dua lelaki di Pasar Serian, Sarawak, kelmarin.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintenden Aswandy Ani berkata, suspek berusia 20 dan 32 tahun dari Kota Samarahan ditangkap kira-kira pukul 4 petang selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di kaki lima sebuah kedai di pasar tersebut .

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa pemeriksaan tubuh, polis menemukan dadah disyaki syabu jenis methamphetamine yang disimpan dalam sekotak rokok di poket seluar seorang daripada suspek.

“Di dalam kotak rokok itu, suspek menyimpan lima peket plastik lutsinar yang semuanya berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Aswandy mendedahkan, dadah yang dirampas itu dianggarkan seberat 5.68 gram dengan nilai pasaran RM800.

Kata beliau lagi, kedua-dua suspek dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Serian dan ditahan di lokap IPD Serian untuk siasatan lanjut.

“Kesemua dadah yang dirampas dipercayai untuk diedarkan kepada penagih-penagih di Serian,” jelasnya.

Aswandy bagaimanapun berkata, ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.


Tambahnya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini