Rossi 'terluka' dengan Yamaha - Utusan Malaysia

Rossi ‘terluka’ dengan Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ – Jaguh Itali, Valentino Rossi tanpa berselindung mengagumi kualiti pelumba muda pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo selepas tampil cemerlang pada perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol minggu lalu.

Pelumba berusia 20 tahun itu melakukan kejutan di Jerez apabila mencatatkan rekod sepusingan terpantas pada sesi kelayakan sekali gus menempah petak pertama.

Namun, pelumba Pe­rancis itu gagal menamatkan perlumbaan apabila berdepan masalah pada jentera meskipun berpeluang untuk menaiki podium.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keadaan tersebut menyebabkan Rossi kecewa dengan pasukannya apabila mereka masih ketinggalan berbanding pasukan satelit meskipun menggunakan jentera spesifikasi B.

“Bagi saya, dua tahun lalu kami keliru dengan prestasi kerana jentera baharu Yamaha tidak beroperasi dengan begitu baik.

“Kita boleh lihat ketika Johann Zarco menggunakan jentera lama tetapi mereka mampu lebih laju berbanding kami. Jelas komponen lama lebih berkualiti berbanding yang baharu.

“Quartararo juga tampil dengan aksi baik malah dia mampu menempah petak pertama. Jika dia tidak berdepan kerosakan jentera, saya yakin dia mampu menaiki podium. Saya tidak melihat cara dia beraksi kerana dia sangat laju di depan.

“Bagi saya, ia merupakan aksi cukup cemerlang dan sukar untuk saya menewaskannya pada perlumbaan akan datang. Kini situasi sangat jelas bagi Yamaha kerana jentera tidak banyak perbezaan dan lebih mudah untuk dikembangkan,” kata Rossi yang sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini