70 imam ‘perangi’ keganasan - Utusan Malaysia

70 imam ‘perangi’ keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 12 Mei – Dalam usaha memper­kenalkan nilai-nilai ke­sederhanaan dan tolak ansur Islam, kerajaan Arab Saudi menghantar 70 imam ke 35 buah negara untuk menyampaikan khutbah Jumaat yang menjurus kepada perkara tersebut.

Arab News melaporkan, langkah itu juga sebahagian daripada inisiatif yang digerakkan Riyadh mengutuk keganasan serta unsur-unsur ektremisme.

Projek berskala antarabangsa itu dilaksanakan di bawah Program Imam Luar Negara oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menterinya, Sheikh Abdullatif al-Asheikh yang memantau program itu berkata, program berkenaan membantu memberi kesedaran terhadap umat Islam mengenai pegangan mereka.

Jelas beliau, menerusi khutbah Jumaat, imam menegaskan umat Islam seluruh dunia supaya bersatu menentang pihak yang menimbulkan perpecahan dalam kalangan agama.

“Selain itu, imam akan me­negaskan kepentingan berpuasa, solat dan membaca al-Quran dan menghayati amalan-amalan tersebut dalam kehidupan ha­rian,” katanya.

Menurut beliau, khutbah Jumaat itu kebanyakannya di­siarkan di saluran televisyen dan mendapat pujian pelbagai pihak.

Ini tegasnya, dapat membantu menyatukan umat Islam dan menolak segala bentuk keganasan dan ektremisme.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini