Raja Tanah Liat tumbang lagi - Utusan Malaysia

Raja Tanah Liat tumbang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 11 Mei – Rafael Nadal berdepan tamparan hebat dua minggu sebelum turun mempertahankan kejuaraan tenis Terbuka Perancis selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pemain berusia 20 tahun, Stefanos Tsitsipas dalam separuh akhir Terbuka Madrid hari ini.

Kemenangan sensasi 6-4, 2-6, 6-3 Tsitsipas membolehkan pemain Greece itu menempah pertemuan dengan jaguh No. 1 dunia, Novak Djokovic dari Serbia.

Djokovic terdahulu mara selepas dipaksa berkerja keras untuk mengetepikan Dominic Thiem dari Austria 7-6 (7/2), 7-6 (7/4) dalam satu lagi separuh akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nadal, 33, pemilik 17 gelaran Grand Slam mengakui, biarpun digelar ‘Raja Tanah Liat’ kerana sudah banyak lagi memenangi kejuaraan di permukaan gelanggang tersebut, namun jelas sekali dia gagal memberi aksi terbaik hari ini.

Malah, dia sebelum ini turut kalah di atas permukaan yang sama pada Carlo dan Barcelona, sekali gus meresahkan peminatnya menjelang Terbuka Perancis.

“Saya tidak bermain dengan cukup bagus.

“Ya, memang saya sudah memenangi banyak kejuaraan di atas gelanggang ini tetapi tahun ini nyata keadaan tidak lagi sama,” ujar Nadal.

Sementara itu, Tsitsipas mengakui, dia masih tidak percaya dapat menumbangkan Nadal, apatah lagi bintang Sepanyol itu adalah jaguh di tanah liat.

“Ia kemenangan penuh emosi, perlawanan yang amat sengit. Saya benar-benar teruja,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×