KOTA BHARU 12 Mei – Kegagalan pembungkus minyak masak di negeri ini mempamerkan buku stok ketika pemeriksaan dijalankan oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjadi bukti berlakunya penyelewengan.
Pengarah KPDNKK, Adnan Abd Rahman berkata, penyelewengan yang dimaksudkan itu ialah aktiviti menyeludup bahan mentah bersubsidi tersebut ke negara jiran.
Beliau berkata, melalui buku stok itu pihaknya, negeri ini dapat melihat proses aliran keluar masuk minyak bersubsidi secara lebih tepat sebagaimana yang telah ditetapkan kerajaan.
“Bila pembungkus gagal mengemukakan laporan buku stok sebagaimana yang kita minta, secara tidak langsung ia menimbulkan keraguaan.
“Dari situlah kita kesan berlakunya penyelewengan, hal ini kerana setiap pembungkus ada kouta yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita disini hari ini.

Adnan memberitahu, kuota minyak masak bersubsidi yang diberikan kepada pembungkus antara 26 metrik tan hingga 700 metrik tan.
Tambahnya, bukan itu sahaja ada dalam kalangan pembungkus sanggup memalsukan buku stok namun tindakkan mereka gagal. – UTUSAN ONLINE











