Empat ahli ‘Geng 18’ ditahan - Utusan Malaysia

Empat ahli ‘Geng 18’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Polis menahan empat lelaki tempatan dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ‘Geng 18’ di sebuah pusat hiburan dekat Dataran Mentari dekat sini, awal pagi tadi.

Kesemua mereka berusia 33 sehingga 43 tahun itu ditahan menerusi Op Cantas yang dijalankan pada kira-kira pukul 1.15 pagi membabitkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintenden Azmi Syukor berkata, kesemua lelaki tersebut ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka mempunyai tatu yang berkaitan dengan pertubuhan haram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan pengakuan lisan semua lelaki terbabit, mereka mengaku terbabit dengan Geng itu.

“Semakan turut mendapati mereka mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan jenayah termasuk seorang daripadanya membabitkan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azmi, kesemua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini