Iran-AS makin tegang - Utusan Malaysia

Iran-AS makin tegang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 11 MEI – PENTADBIRAN Maritim Amerika Syarikat (AS) mendakwa kapal komersial termasuk kapal minyak milik AS berdepan ancaman selepas Iran mengeluarkan kenyataan armada tentera laut AS boleh dimusnahkan dengan hanya satu peluru berpandu.

Lapor Channel News Asia, Presiden AS, Donald Trump menggesa Iran agar lebih terbuka untuk berunding tentang program nuklearnya bagi mengelak konfrontasi ketente­raan antara kedua-dua negara.

Namun, Pengawal Revolusi Islam Iran menegaskan pihak­nya tidak akan membuka rundingan bersama AS, pendirian yang dilihat mempengaruhi Presiden Iran, Hassan Rouhani dan sekutunya untuk mengambil tindakan yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Trump menawarkan rundi­ngan dan me­laksanakan tekanan ekonomi dan ketenteraan terhadap Iran termasuk menyekat eksport minyak mereka dan mengge­rakkan aset ketenteraan ke Asia Barat.

Pentadbiran Maritim AS (MARAD) berkata, pihaknya menjangkakan sebarang kemungkinan berlaku ancaman daripada Iran sejak awal Mei.

“Iran pada bila-bila masa berupaya melancarkan sera­ngan terhadap kapal komersial, kapal mi­nyak termasuk kapal tentera AS di Laut Merah,’ katanya.

Teheran bagaimanapun menafikan setiap tuduhan tersebut dan mendakwa AS sengaja mewujudkan perang psikologi untuk menakut-nakutkannya.

Pentagon mengerahkan kapal pengangkut pesawat, Abraham Lincoln ke Teluk, kelmarin yang disertai pesawat pengebom B-52 yang berpangkalan di Qatar.

Selain itu, AS turut menghantar sistem pertahanan peluru berpandu, Patriot dan kapal perang, USS Arlington menyertai armada berkenaan di Teluk, semalam.– REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini