180,000 umat Islam solat Jumaat di Masjid al-Aqsa - Utusan Malaysia

180,000 umat Islam solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS – Hampir 180,000 orang Islam mengerjakan solat Jumaat di pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur kelmarin pada Jumaat pertama di bulan Ramadan, demikian menurut sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab menjaga tempat suci itu.

Bilangan jemaah berdasarkan laporan pertubuhan Waqf itu adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu yang menyaksikan 120,000 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat pertama pada bulan Ramadan.

Ketua Pengarah Waqf, Azzam Al-Khatib berkata, jemaah beramai-ramai hadir untuk solat Jumaat walaupun ‘terpaksa melalui pos pemeriksaan Zionis yang dikawal ketat.’

Memuatkan artikel berkaitan…

Solat Jumaat itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, kata Azzam.

Kawasan yang berada di bawah kawalan Israel itu merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam dan kerap menjadi punca konflik antara Israel dan Pa­lestin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini