Saya bukan bodoh - Pochettino - Utusan Malaysia

Saya bukan bodoh – Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 11 Mei – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berkata, adalah bodoh dia kekal di kelab tersebut jika segala perancangan yang dibuatnya sebelum ini untuk berada setaraf dengan kelab gergasi lain masih gagal.

Kenyataan yang dibuat Pochettino itu hadir susulan daripada kejayaan yang dicatatnya dalam membawa Spurs ke final Liga Juara Juara Eropah walaupun segala rancangannya untuk mendapatkan pemain yang bagus tidak dapat direalisasikan kelab.

“Saya tidak akan membuka buku baharu tanpa ada perancangan, tanpa ada idea dan tanpa ada ketelusan atau perlu memberitahu anda dan penyokong apa yang akan dilakukan, apa yang menjadi objektif kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya amat arif dengan perniagaan dalam bola sepak ini. Jadi kami tahu bahawa kami perlu beroperasi dengan cara yang berbeza daripada sekarang. Ini tidak bermakna perlu berbelanja lebih banyak atau kurang.

“Sebaliknya yang penting kita kena percaya jika kami dapat beroperasi lebih baik daripada lima tahun kebelakangan ini, kami akan bukan sahaja mampu ke final Liga Juara Juara Eropah setiap musim malah berada dalam kelompok empat teratas serta menjadi pesaing hebat kepada Liverpool atau Manchester City.

“Jika anda masih harap benda yang sama berlaku daripada Liverpool, daripada Manchester City atau Manchester United dan Chelsea, anda kena letak harapan yang sama kepada Tottenham, maka beri saya barang (pemain baharu) untuk saya bekerja.

“Jika tidak, bodohlah saya untuk terus bekerja di sini,” kata Pochettino yang awal minggu ini pernah berkata bersedia meninggalkan Spurs jika berjaya membawa kelab itu muncul juara Eropah.

Tottenham akan menentang Liverpool di final Liga Juara Juara Eropah di Madrid pada 2 Jun nanti.

“Saya bersikap terbuka dan sentiasa terbuka dengan apa sahaja. Sudah tentu saya suka kerja ini, saya suka Tottenham dan kekal di sini. Tetapi masalahnya ialah saya perlu tahu apa yang mahu dicapai atau untuk apa kita berjuang untuknya.

“Kemudian kita kena tahu, siapa yang akan mencari pemain yang mahu kita sasarkan atau seperti mana yang dirancang,” tegasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini