Takiyuddin berniat jahat, biadab - Akmal Nasir - Utusan Malaysia

Takiyuddin berniat jahat, biadab – Akmal Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Mei – Kenyataan Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak bergelar Perdana Menteri kerana berstatus banduan adalah berniat jahat, biadab, dan melampaui batas.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kenyataan yang dibuat di sebuah portal itu menunjukkan kedangkalan Takiyuddin yang mengakui dirinya sebagai seorang peguam kerana gagal memahami maksud perundangan itu sendiri.

Katanya, Anwar yang diberikan pengampunan penuh tanpa syarat oleh Yang Di-Pertuan Agong membawa maksud sabitan ke atas kes liwat diketepikan dan beliau dianggap sebagai bukan seorang banduan dan bersih daripada mana-mana kes jenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau juga dibenarkan untuk terus menyertai pilihan raya yang bermaksud sekatan lima tahun di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan tidak berbangkit.

“Kenyataan Takiyuddin ternyata berniat jahat dengan sengaja untuk menimbulkan penghinaan terhadap Anwar dan secara tak langsung memperlekeh perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk mengurniakan pengampunan penuh kepada Anwar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut menggesa Takiyudin untuk menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka terhadap Anwar.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini