'Golden Age Raya' di Design Village tawar pelbagai promosi Aidilfitri menarik - Utusan Malaysia

‘Golden Age Raya’ di Design Village tawar pelbagai promosi Aidilfitri menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN 11 Mei – Pusat beli-belah terkemuka, Design Village di sini meneruskan tradisi membawakan pengalaman membeli-belah yang istimewa kepada pelanggannya sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Bertemakan Golden Age Raya, promosi jualan itu bermula secara rasmi semalam sehingga malam raya dengan pelbagai tawaran harga diskaun di kira-kira 130 outlet yang mengambil bahagian.

Lebih menarik, promosi jualan itu kali ini turut menawarkan pelbagai hadiah kepada pelanggan antaranya menerusi peraduan ‘Dig The Gold’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi peraduan itu, mana-mana pelanggan yang berbelanja RM300 ke atas dalam satu resit berpeluang mencabut kad hadiah yang salah satunya mengandungi loket emas eksklusif dengan ketulenan emas 916.

Selain itu, peraduan tersebut juga memastikan pelanggan tidak pulang dengan tangan kosong yang mana mereka turut berpeluang memenangi baucar tunai Carlo Rino serta sampul hari raya eksklusif Design Village.

Menurut Eksekutif Pengiklanan dan Promosi Design Village, Mohd. Faeiz Mohd. Shaffin, tawaran menarik lain yang menanti pelanggan dalah sabun Crabtree & Evelyn yang akan diberikan secara percuma kepada mereka yang berbelanja RM600 ke atas di dalam dua resit.

Turut menanti pelanggan Design Village, katanya, adalah peluang untuk membeli minyak wangi ‘Sunflowers Dream Petals and Summer Bloom’ berkapasiti 100ml jenama Elizabteh Arden pada harga hanya RM88 yang oleh ditebus pelanggan yang berbelanja RM600 ke atas di dalam dua resit.

“Dalam mewujudkan suasana kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri ketika berbelanja di Design Village juga, pelbagai acara dan persembahan menarik akan diadakan di sini bermula pukul 6 petang setiap hari.

“Antaranya persembahan kebudayaan tradisional Melayu seperti wayang kulit dan kompang, bengkel anyaman ketupat serta pemberian dodol percuma kepada pelanggan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Faeiz, bagi kemudahan umat Islam juga, Design Village turut membuka mini bazar Ramadan dengan kira-kira tujuh gerai menjual makanan selain pelbagai pilihan restoran sedia ada untuk berbuka puasa.

Katanya, umat Islam juga tidak perlu bimbang untuk menunaikan solat maghrib memandangkan kemudahan surau yang luas dan selesa turut disediakan. 

Tambah beliau, orang ramai boleh memilih untuk memandu sendiri ke Design Village yang menyediakan tempat letak kereta yang luas sama ada di bangunan bertingkat atau secara terbuka.

Selain itu, katanya, orang ramai juga boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas yang disambungkan dari kebanyakan kawasan utama negeri ini termasuk perkhidmatan percuma ke Ikea yang hanya berjarak kira-kira lima minit.

“Mereka juga boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab yang mana terdapat promosi potongan harga RM10 untuk dua kali penebusan menggunakan kod ‘GRAB2DESIGNVILLAGE’,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini