Berita tular Ismail Kamus meninggal dunia tidak benar - Utusan Malaysia

Berita tular Ismail Kamus meninggal dunia tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Berita yang tular dalam media sosial bahawa pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus telah meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.

Exco Penerangan, Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh berkata, gambar Ismail berbaju kuning yang dirakam oleh pihak tertentu adalah sewaktu beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil dan dalam keadaan rehat.

“Di waktu ini (Sabtu 11 Mei, 11.20 pagi), tuan guru ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat dan stabil, insyaAllah dijangka keluar daripada wad pada petang ini atau esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harap tidak dipanjangkan berita-berita yang tidak benar dengan situasi sebenar dan mengelirukan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini