Maritim Malaysia tahan bot kenka tempatan langgar syarat lesen - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan bot kenka tempatan langgar syarat lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 11 Mei – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan sebuah bot kenka tempatan hari ini kerana didapati melanggar syarat sah lesen.

Bot tersebut ditahan kira-kira pukul 1.20 pagi ini di perairan Pulau Pinang pada kedudukan pada kedudukan 6.1 kilometer dari Tenggara Pulau Rimau di sini.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata,

Memuatkan artikel berkaitan…

sebuah bot peronda agensi berkenaan telah melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang dan telah mengesan sebuah bot kenka sedang memukat dalam keadaan mencurigakan.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, didapati lima lelaki warga tempatan berumur lingkungan 29 hingga 41 tahun berada di atas bot tersebut.

“Mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8(b) kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tersebut tidak diusahakan sendiri oleh pemilik bot,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau bot tersebut bersama satu gulung pukat, 35 bakul, dua tong ikan, satu cangkuk ikan dan satu penyeduk ikan serta ikan campur anggaran 80 kilogram ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk siasatan serta tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan dalam membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang jenayah di laut.

“Jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia di talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang, 04-2626146,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini